Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan
katanye tu adalah puisi yang ditulis oleh Noor dayana isteri Ashraff muslim...
tapi kat blog ROTI KAYA ni...ade minah ni bagitau tu adalah puisi dia.....ntah...tapi puisi ni sdikit sebanyak ade kena mengena dengan situasi dorang tu kan...
ni pendapat peribadi aku lah..
aku lalui zaman dimana bapak aku kawin lain dengan cara WAJIB craikan mak aku kalau nak kawin dengan anak pompuan dorang...macam lah anak kau tu puteri bangsawan kan.... *phheww*
aku lalui saat mak aku dikatakan macam macam..aku lalui saat sedih bila arwah adik aku meninggal..aku lalui saat sukar lah pendekkan citer....
untungnya dayana sebab lahir dari keluarga yang penuh kasih sayang pada dia...ade kerjaya....tapi masih belum ade rezeki ade anak...
aku memang simpati pada dayana sebab bagi aku cara asyraf ni macam menghina martabat dayana...
ko pikir lah .....pandangan orang..ko dah kawin dengan dayana 2 tahun tapi masih tak ade anak kan...pastu ko kawin sesenyap..kat thailand lak tu kan...kompem orang akan cakap...mestilah asyraf tu kawin lain sebab dayana tu mandul....nampak tak negatifnye terpalit dekat dayana..
kalau aku kat tempat dayana lah..aku memang rasa terhina....
perkahwinan bagi aku adalah satu lambang tanggungjawab antara 2 hamba Allah...
jujur dan ikhlas penting bagi aku...
ye betul....ade benda kita perlu berahsia..tapi bukan dengan pasangan ko....
kalau nak ikutkan rahsia...aku kalau boleh 1 benda aku taknak share dengan kinchan tu...
dari aku bukak mulut baik aku senyap....nak makan hati pon aku kan...nak pening kepala pon aku kan...
tapi aku berbalik pada status aku sebagai isteri dia..walaupon benda tu akan memalukan aku..aku akan share dengan laki aku..
so...aku taknak pasangan aku membongak pada aku...sebab aku akan simpulkan dia akan selalu bongak kat aku...manusia tak sempurna kan...so....manusia akan sentiasa buat benda yang dia dah pernah buat walaupon dia pernah berjanji kan...
isu berkahwin lagi 1 ni aku susah nak buat kesimpulan sebab aku taknak singgung mane mane hati....
cuma cara asyraf ni tak betul..keluarga pompuan ni mane ye....takkan bagi anak kawin kat thailand...hurmmm..
kesian wei jadi kaum wanita ni....dah lah laki dapat dara kita kan...pastu dah abis dara nak cari dara lain...ishhkkk....
jujur aku cakap...aku masih belum terbuka walau sebesar kuman tok share laki aku...biar lah dia hitam ke...berkeladak ke....gigi jarang ke....busuk ke....muke cimpeng ke....
aku tak kisah....yang penting dia ikhlas...bertanggungjawab dan JUJUR dengan aku...tu dah cukup bagi aku... tapi kalaulah ditakdirkan dia berjodoh lain...aku sendiri akan undur diri...aku masih tak sanggup...
duit boleh cari..tapi kasih sayang dan kesetiaan mane dapat dengan duit uolls...aku sangat menghargai orang yang ikhlas dan jujur dengan cinta aku....
betullah kata kata kat FB tu..
WANITA KESETIAANNYA DIUJI TATKALA LELAKI TAK PUNYA APA-APA
TETAPI....
LELAKI KESETIAANYA DIUJI TATKALA DIA PUNYA SEGALA...
tak kisah lah lelaki tu nak kawin 4 skalipon...nak ade gundik kat luar skalipon..jujur lah dengan isteri tu....meskipon bini tu tak seseksi pompuan lain tak seramping erra fazira tu...tapi perngorbanan dia pada anda tu lah patut anda ingat sampai mampos......
No comments:
Post a Comment