Assalamualaikum
khamis dah..wehoo...esok jumaat pastu sabtu....
kinchan masih lagi belum dapat tarikh baru untuk kursus dia..haishh..aku pulak naik malas nak mikir..
psssttt..harini ahkak nak share good news ler...memula macam malas nak share...tapi dah ni blog untuk tatapan anak-anak dimasa akan datang...so...kita kepilkanlah untuk anak-anak baca susah payah mama dia mendapatkan harta hasil titik peluh sendiri..
kisahnya, selepas kes rumah aku kena pecah masuk dulu, aku jadi tak berapa nak aman lah...walaupon dah pasang sistem keselamatan rumah...tapi tetap rasa tak sedap hati...ada lah jugak masalah lain yang membuatkan aku nekad nak cari rumah lain, dan reason paling kuat adalah, dari duit terbuang ke benda - benda tak mendatangkan untung, baik aku beli rumah...aset yang makin bernilai dari hari ke hari....
aku survey rumah-rumah hampir setahun lebih kot....kajang memang makin mahal okeh, bangi pulak banyak leasehold, so kesian anak cucu nanti banyak proses nak kena buat...
lepas jer highway ecohill bukak...time tu lah kami ligat survey rumah kat sekitar situ....
pada awalnya, kami dah jumpa rumah idaman katanya...memang dah aim lama rumah tu corner lot , hari-hari aku dok update agent sudah ada buyer ke? haha..gile saiko future buyer ni...dah angan macam-macam kalau dapat beli rumah corner tu, 3x kami jumpa agent untuk tengo dalam rumah, seua tak berhasil, alasan rumah ada penyewa lah, penyewa kerja lah, walaupon kami dah buat appoinment awal, sampaikan kami ada buat appoinment waktu malam sebab penyewa baru ada kat rumah sampai sudah,,nan hado..aku dah start macam lain macam, google macam-macam okeh sebelum nak beli rumah subsale yang dah agak lama...
agent plak aku tengok lain macam nyanyok dia...cina tua..haha...
dia cakap, owner india,kemudian bila jumpa lawyer, lawyer cakap owner cina plak...owner pesan kalau ada buyer nak beli, berurusan 100% dengan lawyer dia, semua dokumen rumah ada dengan lawyer dia. dan syarat utama owner kena pakai lawyer yang sama, bagi aku itu sangat tak boleh!!!! hak pilih lawyer adalah hak kita... so aku pon cakap dekat agent tu, kalau macam tu kita direct jumpa lawyer lah, so buat lah appoinment bagai, jumpa lah lawyer ni, bermulalah episod rasa lain macam dalam diri aku, aku mintak nak tengok the whole house (penting okeh sebab dari situ kita kena kaw-kaw mintak diskaun) alasan masih sama. aku mintak nak tengok dokumen asal rumah (lawyer cakap rumah bebas gadaian) pon dia bagi tengok-tengok camtu, macam sesuatu sangat!!!
aku mintak quotation lawyer fee pada dia...dia bagi, tapi boleh dia tak bagi bawak balik...alasan ko ape? pelik kan...lepastu, aku macam giveup lah nak beli rumah tu, rasa takut dan tak berbaloi, buat memang totally basic (cuma buat minor renovation di bahagian dalam) tanah tepi memang besar dan boleh buat sebijik rumah size PPRT. aku lupakan niat nak beli rumah tu.
dekat sebulan juga kami dok survey rumah lain, jumpa lagi rumah double storey corner lot, rumah memang macam rumah hantu..hahaha sorry to say, harga ditawarkan adalah 450k...which is harga rumah yang sangat uzur untuk aku beli dengan harga tu, nothing renovation dibuat. aku tak kenan terus malas nak negotiate dengan agent dah, sebab aku mintak harga below 400K...haha...
both lokasi yang aku tengok adalah di Bandar Rinching..
kriteria rumah yang aku nak beli, single story , corner lot dan FREEHOLD
masa aku tunjuk beberapa rumah kat kinchan, dia ada tersuka sebijik rumah ni, tapi single intermidiate..lokasi di pekan semenyih, exit tol semenyih...aku sebenarnya tak minat, tapi malayankan karenah pak hencik korang jer...pegilah jugak melawat rumah tu..lokasi taman okeh....skali cari lokasi rumah....melintang lintang, walhal rumah tu senang je nak jumpa,tapi sebab hati tarak minat kan...terus cakap, eh b, susah sangat lah nak cari lokasi rumah ni...nanti mesti kelam kabut ayg....
dia jawab, tak apa ayg, nanti kita buat skali lagi, mesti ada jalan senang ni..
dalam hati aku dah rasa macam apa alasan aku nak bagi lagi ni..hahaha
akhirnya jumpa lah jugak rumah tu...dah 2x lalu tapi tak perasan...
memula masuk, aku cakap, eh, lebar dan besor plak rumah ni kalau tengok dedepan, owner dah buat major renovation dari depan sampai belakang, ceiling semua dah siap buat, tiles semua tukar baru.
kinchan macam teruja sangat nampaknya...aku so-so jer..hihi
malam tu agent wassup dan tanya aku macma mana, aku cakap bagi aku masa 2 hari aku akan reply. kemudia aku tanya pendapat kinchan, dia cakap, b suka design rumah ni ayg..kita beli lah, tak apa kalaupon bukan corner lot. rumah ni luas tok kita anak-beranak..ceh macam aku akan terus stay rumah tu erk..hihi...
aku pon macam mengalah lah kalini...sebab giveup hampir-hampir ditipu oleh lawyer yang sebelum ni...aku cakap kat agent, aku setuju nak booked rumah tu tapi akan bayar 3% deposit hari rabu, dia pon setuju. tak sampai 10 minit dia call pulak aku cakap, kakak, ada buyer mahu letak deposit selasa wei,akak kena cepat...dalam hati aku dah melahabaukan agent ni...memang strategi agent akan buat macam tu, time tu pon nak dekat ujung bulan, mesti nak makan hasil skit..aku pon setuju awalkan pembayaran deposit hari isnin tu.
settle urusan pembayaran deposit dan sign Offer to Purchase. aku dah start contct lawyer dan prepare duit untuk kos lawyer dan jugak balance 7% duit rumah.
aku pon start research untuk mohon 2nd loan pinjaman perumahan kerajaan. which is balance loan aku laki bini selepas tolak 1st loan kami ada balance dalam 500K++ harga rumah yang kami dapat selepas tawar menawar adalah 370K...harga asal owner letak 380K...
jadilah kan sebab dia dah buat major renovation bagai....untuk keluasan rumah 22 X 75 ... lokasi plak okeh sebab memang dekat sangat dengan tol semenyih.
nak kata banyak rintangan tak jugak, dokumen semua complete dan memuaskan cuma stuck kat jabatan penilaian sebab pegawai cuti lama benor...haha...ingat tau, beli rumah subsale sila dapatkan kelulusan jabatan penilaian sebab LPPSA akan luluskan loan kita based on harga yang penilaian submit. so kalau korang beli rumah subsale tok 1st loan selamatlah baki loan korang, macam kes aku, memang burn 150k++ lah...dah takde 3rd loan dah lepasni...hadappppppppp!!!!!!!!!!
tolak tambah loan approve tak sampai sebulan.
rumors dok menakut nakutkan orang pasal loan LPPSA kat FB kan berleluasa kata susah lah dan macam-macam, sebenarnya tak susah kalau dokumen kita lengkap. ingat yer...loan kerajaan tak ada langsung ambil kira komitmen luar, apa yang tertera di payslip itulah dia kira komitmen kita.jangan samakan loan kerajaan dengan loan bank luar.totally berbeza.
total kos yang kami keluar untuk 10% deposit dan duit lawyer, rasa macam nak menangis okeh, lebih kurang 50K++ ...tu belum campur kos-kos lelain lagi...hurmm....
so, aku share sikit lah rumah kami tu, tak pasti lagi nak duduk atau tak...hahaha...
rasa macam nak duduk situ sebab dekat dengan mak aku. aku pon tak tau lagi nak buat macm mana... apa-apa pon kena tunggu kinchan abis kursus kemudia buat sikit renovation kot-kot nak pindah ke kan...nak survey alarm dan cctv sistem , kemudia nak dapatkan quotation untuk buat bilik kucing-kucing....(tengok kucing pon akan ada tempat khas siap buat toilet tok dorang nanti)
nanti in Syaa Allah akan buat kenduri sikit, kenduri aqiqah dan doa kesyukuran skali harung kat rumah baru nanti...kalau sudi nak datang nanti habaq kat kami na...
ruang tamu utam....aakan ada 2 ruang tamu nanti...
tingkap pon akan diubahsuai....nanti ada orang intai kalau kita cekci mekci kat dalam umah...haha
cadang nak pecahkan sikit then pasang sliding door...
*** niat bukan nak bermegah, tapi ni adalah sebagai penyuntik semangat kami untuk bekerja dengan lebih kuat. aku puas hati sebab apa yang kami beli ayas usaha kami...dulu mak abah aku tak bagi kemewahan pada kami adik beradik sebab kami sedar mereka bukan orang yang kerja besor, tapi aku tak jadikan kesusahan mak abah aku sebagai penyebab aku nak bersifat negatif pada diri aku sendiri. mak aku pon xtau aku nak beli rumah lagi, tau-tau selasa ritu, aku kol bagitau dia, mak loan rumah baru emma dah lulus tau, nanti emma bawak mak pegi tengok rumah baru emma k....mak aku jawab, Alhamdulillah ni lah dinamakan murah rezeki kamu emma sebab kamu bagi mak duit dendiam masukkan dalam buku tabung haji mak bertahun lamanya,,,ehhh....tau plak orang tua tu aku dendiam potong gaji masukkan dalam akaun dia, tak banyak mana tapi aku bagi mana yang termampu.
mak aku tak pernah mintak anak-anak bagi dia duit sebab dia sendiri suka cari duit sendiri dari muda..bila sekarang mak aku masih kerja orang ingat anak-anak tak bagi duit...salah... mak aku memang suka pegang duit sendiri ... apa-apa pon Alhamdulillah syukur pada Allah, rezeki ni aku anggap rezeki ketuga-tiga anak aku ***
No comments:
Post a Comment