AMALAN DIET

Assalamualaikum
yuhuuuuuu
kak jemmah is on today uolls.....
zassssssssss...... *sambil layang2 kan rambut pendekku*

hamboi ahkak asik lah promise promise jew nak gitau amalan diet ahkak kan...dari minggu ni ke minggu 1 lagi...pastu minggu lagi 1.....hahahaha.....memang penyakit malas tengah sedap melepak dalam diri ni....nak buang rasa sayang plak kat dia....

ada alasan kenapa aku tak buat buat lagi entry diet ni.....macam korang korang taw ebelum ni kan....aku memang slalu buat review produk....dan aku amik masa nak share testimoni diet ni selepas aku bebetul yakin yang diet ni adalah terbaik buat aku dan mane tau terbaik buat korang gak kan....

yup....aku rasa ramai yang dah boleh agak diet apa yang aku amalkan...aku memang tengah amalkan DIET ATKINS....aku rasa ramai yang dah tau ape itu diet atkins kan ..... holohhhh xyah manjew manjew miow miow sangat lah....taip je kat google tu....keluar segala mak nenek maksud dan syarat2 diet atkins tu...

ni aku copy skit ape tu ATKINS k...

*peringatan keras : entry ni bukan aku nak kondemkan produk kurus di pasaran k*

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.



Dr Atkins mula mengembangkan idea ?karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ?low-fat diet? atau diet rendah lemak.



Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.


Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.


Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance


Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping sahaja.

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.



Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)


Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)



Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Makanan Yang Diharamkan Selama 2 Minggu Induction

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.


Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.
Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.



ok dah leh paham skit ???

aku start diet atkins ni 11 Jun 2014......aku bebetul buat diet ni sampai lah nak raya tu....4 hari aku dah start makan karbohidrat tu melebihi 20gram sehari..tapiiiii...tetap tak amik air manis....gituw kekdahnye...sebab b4 aku amalkan atkins..aku memang dah tak amik nasi..tapi....diet aku gagal okeh...tetap tak turun berat aku..aku makin stress kot...

aku kenal diet atkins melalui kawan blog aku...
aku bace dan paham kan dulu ape tu diet atkins....amik masa jugak aku nak start sebab diet atkins ni memang korang kena HATI KERING sekering padang pasir berdengung....hehe
aku bincang dengan laki aku dulu...aku lebih suka buat sesuatu dengan sokongan kinchan....sebab dia akan paham kenape aku nak buat diet ni...so...bila aku beli makanan yang diluar kebiasaan aku...dia akan paham...dan dia sangat paham sampaikan klu aku nak makan benda terlarang tu dia tanye...ayg boleh ke makan makanan tu..nanti sesia je diet...kat sane lah perlunye sokongan partner...

memula amalkan DA ni memang aku akui susah sangat sebab kt dah biase makan benda sesedap kan.....ni skali semua kena pancung....tak nyaya perut ak....haha
aku amik pendekatan...malam je...aku akan dok dalam bilik tanpa turun dapur sebab kang ade je benda yang buat iman aku tak kuat....cuit skit jew nanti...cakap dalam hati..ok lah harini jew..esok start diet lah....ha gituw lah setan dalam badan aku ni nak menghasut kan....tu yang manjang diet kelaut....
korang tau kan before ni aku dah amalkan macam macam jenis diet produk..tapi semua kelaut...nak turun 1kg punye lah bercinta....walhal sekat makan macam2..ade produk yang kita beli tu syarat nak kurus kena sekat makan itu ini....baik takyah aku beli produk....baik aku sekat makan berkarbohidrat..mase aku buat amalan diet produk....soh minum air bergelen gelen kan...aku sampai nak kembung perut badan x gak turun...harus otak aku stress.....aku nak kurus k...bukan nak kurus sangat...tapi sekadar turun yang membolehkan aku tak penat sangat berdiri atau berjoging...buat keje rumah turun naik tangga umah tu hengat x penat ke wei....tu aku leh stress tau x...dengan nak melayan karenah laki ngan anak anak lagi....
hehehe.... (nampak unsur unsur bersungut tak?)

aku tanamkan azam nak turunkan badan atleast 10kg.....
nak taw x....berat aku before diet ni adalah 73KG...aku ulang 73KG ke nak ulang kali ke 3.....baik xyah kang aku cubit cubit siape yang berani soh aku ulang...sebenarnye 73kg++ taw...tapi berat tu aku x sanggup nak snap...hehehe...trauma kot tgk angka tu...tambah 1kg++ lagi dah same berat mase aku nak beranakkan marsya...heii..tu dah sah2 anak aku dalam perut tu...ni isi taik ngan lemak...dah kenape nak simpan kan......

selepas dah bebetul bersedia dengan sedikit ilmu DA yang aku bace melalui FB kelab Diet Atkins Malaysia tu.... aku pon start diet tu pada tarikh 11 Jun 2014 tu...letih wei sebab ketosis tengah berjalan....ketosis tu macam program pembakaran lemak tengah berjalan ...macam sebelum ni....badan kita bakar karbohidrat yang masuk dalam badan tok diproses menjadi tenaga kan..tu sebab lemak dalam badan kita masih menebal...so..bila kita had kan pengambilan karbohidrat ni....badan akan amik lemak dan dibakar untuk menjadi sumber tenaga badan kita...ale paham ka adik manis???

tanda ketosis tu banyak..antara nya lah kan.....bibir kita kering...mengantuk....kepala berdenyut..ni simptom awal je...selepas tu akan normal sebab body tengah menerima isyarat baru..iaitu...sekatan makanan...hahaha

menu diet aku....simple....aku memang tak suka serabutkan kepala hotak aku k.....ko jangan nak paksa diri ko WAJIB ade makanan macam mane pengamal DA lain makan....
macam kat umah ade stok telur...ko buatlah telur goreng ke..telur rebus ke...masak sambal ke....wrapping telur ke....letaklah salad dalam tu....alahai kaknom kak bedah sekelian...dah berpuluh tahun korang melantak memacam...cuba korbankan 3 bulan pertama je pengambilan karbohidrat tu.....mesti boleh punye...kasi perut rest lah skit...... ^_^
yang penting air suam adalah ikut berat korang
 1 liter setiap berat 25kg....
so berat aku ritu 73kg++ kan...so wajin minum air suam 3L sehari bukan 8jam ko bantai 3L....terkurang air x elok..terlebih air pon x elok erk korang kang buah pinggang korang akan effect sebab terkuat kena proses air tu....so...kita nak diet sbb nak sihat..jangan diet hardcore sangat sampai effect kesihatan korang...itu sebab aku rasa aku boleh buat DA ni lah aku buat bebetul induction tu....2 minggu pertama tu adalah tempoh tok korang biasakan badan korang tok terima arahan mengurangkan kuantiti makanan seharian...
bagi aku senang je....memula korang try jangan minum langsung air manis....walaupon dibolehkan amik pemanis tiruan stevia..splenda atau palsweet...tapi kalau boleh elakkan dulu 2 minggu induction ...kita namakan eat clean....korang tak caya lah kan...cer buat bebetul eat clean.....2 minggu ni kompem takkan kurang dari 5 kg berat akan turun....yang penting...IKUT ARAHAN DA!!!!!

then slow2 buat resepi DA....pelbagaikan menu supaya korang tak bosan....
menu atkins aku ni akan aku buat next entry.....in syaa Allah dlm masa terdekat k....aku baru transferkan pic ke dlm pc rumah aku :P

bagi aku korang kena buat jadual makanan DA korang...DA adalah diet jangan berlapar....korang kena rajin bace file kat group DA FB tu k..jangan malas...nak kurus tapi malas..pe hal??? hehehe...gurau jew kak bedah oiii ....
kemudian exercise pon penting sangat......sesetengah orang yang bebetul gemuk ni dia agak mengah kan nak exercise....so...bagi aku..korang turunkan berat korang  dulu..then dah ringan skit....pulun joging atau exercise tak kisahkan zumba ke.....aerobic ke.....janji keluarkan peluh tu....

ok kot skit-skit aku share diet yang sedang aku amalkan ni....

next aku cuba share dengan lebih lagi tentang diet yg sedang aku amalkan ni......

sekian teaser dari ioll untuk uoll......



esok blog akan ade pic k...
babai

^_^




No comments:

Amaran !!

As-Salam...ini adalah blog peribadi saya..segala yg terpampang adalah ceritera sehari-harian saya dan juga keluarga..setiap manusia tu punya ceritera2 yang ingin dikongsi bersama-sama..Anda punye hak yg same,tp tolong hormati setiap hak org lain juga ya!!!
Sebarang kecurian gambar2 dan video di dalam blog ini adalah dilarang tanpa kebenaran dari saya sendiri.
Blog ini dicipta adalah untuk tatapan anak2 sy kelak apabila mereka meningkat dewasa dimana sy nk mereka lihat perkembangan mereka sejak kecil sehingga menjadi org yg berguna kelak.Jika 1 hari kelak kami tiada,jd blog ini akan menjadi medan tatapan anak2.

copypaste

Protected by Copyscape Online Plagiarism Detector

my angle girl

my angle boy

AL-FATIHAH