Makanan dan Kak Jemmah Berpisah tiada

Assalamualaikum...
tak terlalu berhabuk kan kan kan...

harini kak jemmah nak #throwback sangat kan...
pic pic ni semua aku tak ingat lah waktu yang tepat..ni kes nak clearkan storage fon je ni....so..marilah kita mengabadikan pic pic kenangan didalam blog ahkak ...

pic yang mendahului carta pic makanan pada hari ni adalah...
pic bento marsya eisya...

lama sangat tak update bento budak 2 orang ni...kadang kadang aku malas nak snap pic pepagi tu sebab dok berkejor nak mandi bagai..

sekarang aku tak buat dah lunch box tok marsya sebab dia nak balik rumah makan...cuma sekarang adik aku balik lewat setiap rabu dan jumaat..makanye...on the way nak hantar kakak sekolah kafa...aku singgah sekolah adik aku hantarkan bekal lunch tok dia makan...
 
buatkan pasta Hello Kitty...
 

sekarang aku kurangkan jajan sebab aku protes taknak bagi jajan..haha..siapa soh korang pepandai soh laki ahkak jemmah beli jajan pada hari persekolahan...rasakan tiada bekalan jajan..


ni antara menu-menu yang aku masak...kadang-kadang kalau rajin...aku buatlah nasi tomato ke....minggu ni aku bagitau kinchan nak masak nasi arab...aku masak je nasi arab..tapi nasi aku tak makan....
hahaha..

 


well kadang-kadang bila teragak nak makan telur separuh masak kat opis..aku rendamlah telur kat pantry..aku frust kalau mintak telur separuh masak kat kedai mama atau kedai makan lain...selalu ade je yang mentah mentah...kembang tekak aku nak makan..
 

bila tekak teringin makan rendang...aku masaklah..
 






jangan lah say NO to meggi...maggi ni kadang kadang kita perlu ...haha..
 

penutup pic tok entry kalini adalah...pic jamuan raya bahagian aku...
mostly semua menu adalah homemade oleh staff wanita bahagian aku...kebanyakkan akak-akak kat opis aku pakar memasak..so..masing masing ade menu yang perlu dimasak..kek ni pon akak opis aku buat..dia memang amik tempahan buat cake..
sesiapa nak tempah kek boleh lah contact kak ros ni via FB Kak Rosliza ...
 



cuti abam kinchan dibekukan serta merta sebab perhimpunan BERSIH 4.0 ..haishhh..ape nak jadi pon xtau...dah lah aku memangis tengok RM makin turun..
ni nak bejalan bulan 11 nanti tak tau lah aku kena menangis tak berlagu kat Money Changer nanti gamaknya...jujur aku takut situasi ni makin buruk...aku harap melayu terus bersatu...takyah sokong mana mana parti politik..tapi aku harap melayu kuat menghadapi cabaran ni semua...
*ni bukan politik...tapi ni general issue*

sekian wassalam....

 

No comments:

Amaran !!

As-Salam...ini adalah blog peribadi saya..segala yg terpampang adalah ceritera sehari-harian saya dan juga keluarga..setiap manusia tu punya ceritera2 yang ingin dikongsi bersama-sama..Anda punye hak yg same,tp tolong hormati setiap hak org lain juga ya!!!
Sebarang kecurian gambar2 dan video di dalam blog ini adalah dilarang tanpa kebenaran dari saya sendiri.
Blog ini dicipta adalah untuk tatapan anak2 sy kelak apabila mereka meningkat dewasa dimana sy nk mereka lihat perkembangan mereka sejak kecil sehingga menjadi org yg berguna kelak.Jika 1 hari kelak kami tiada,jd blog ini akan menjadi medan tatapan anak2.

copypaste

Protected by Copyscape Online Plagiarism Detector

my angle girl

my angle boy

AL-FATIHAH