Tatacara penyimpanan EBM

Susu perahan mesti disimpan jika bercadang untuk tidak menggunakannya dalam masa yang segera. Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menyimpannya. Susu perahan boleh jadi perkara yang tidak rumit jika tahu bagaimana cara menyimpannya tetapi yang penting, mesti tahu bagaimana cara terbaik untuk menyimpannya. Susu perahan boleh disimpan untuk jangkamasa yang panjang atau dalam jangkamasa yang pendek mengikut keperluan dan cara penyimpanan. Ia juga bergantung kepada ruang simpanan dan kuantiti susu.

Kaedah menyimpan susu

  • Jika ingin menyejukbekukan susu tersebut, mestilah dilakukan dalam masa 24 jam selepas mengepam.
  • Susu perahan boleh disimpan di dalam botol plastik atau botol kaca yang ditutup ketat atau boleh juga disimpan di dalam beg plastik (nursing beg) khas untuk simpanan susu ibu. Jangan gunakan beg plastik sebarangan untuk tujuan simpanan susu ibu ini atau mana-mana botol yang boleh bocor atau pecah. Jangan sesekali menyimpan susu secara terbuka (tanpa tutup) dan jangan membekukan di dalam bekas kiub ais.
  • Bekas simpanan atau botol susu mestilah bersih, ditutup ketat dan simpan di dalam penyejuk beku untuk tahan lebih lama.
  • Cecair seperti susu ini cenderung untuk mengembang ketika sejuk. Jadi jangan terlalu penuhkan susu di dalam bekas tersebut untuk memberi ruang agar ia boleh mengembang.
  • Untuk mengelak berlakunya pencemaran, jangan menambah susu perahan baru kepada susu yang sudah beku.
  • Jangan simpan susu di sekitar pintu peti ais kerana kawasan ini lebih panas dan selalu terdedah apabila membuka peti ais. Adalah lebih baik jika menyimpan susu ini di kawasan paling belakang kerana kawasan tersebut suhunya rendah. Dan jika boleh, simpannya di dalam peti penyejuk beku.
  • Susu yang telah disejukkan akan tahan selama 1 bulan di dalam peti ais dan tahan sebaik-baiknya sehingga 6 bulan di dalam penyejuk beku yang dikhaskan untuk tujuan ini sahaja.
  • Lebelkan susu tersebut dengan tarikh dan masa perahan dan pastikan bayi minum susu yang diperah mengikut tarikh terawal. Susun susu tersebut mengikut tarikh perahan tersebut.
  • Lebih elok lagi jika susu yang disejukbekukan itu digunakan sebelum 3 bulan kerana lemak-lemak yang terdapat di dalam susu ibu mempunyai satu kecenderungan untuk rosak jika disimpan terlalu lama.
  • Susu beku yang telah dinyahbeku boleh disimpan di dalam peti ais tidak lebih dari 24 jam dan tidak sesuai diminum selepas itu.
  • Untuk mengelakkan pembaziran, susu yang ingin dibekukan disimpan di dalam bekas yang memuatkan 2 hingga 4 auns setiap satu bekas. Bermakna, apabila ingin digunakan, hanya panaskan susu tersebut dan terus diberikan kepada bayi dan lebihannya jangan disimpan melebihi 24 jam di dalam peti ais dan seeloknya dibuang. Apabila bayi anda sudah menginginkan susu dalam kuantiti yang besar, bolehlah menyimpan di dalam bekas yang lebih besar. (Perlu ingat, jika kuantitinya banyak, ia mengambil masa yang agak lama untuk dinyahbekukan)
Kaedah Menggunakan Susu Perahan Beku

  • Susu beku harus dicairkan didalam peti sejuk dan digunakan dalam 24 jam selepas dinyahbeku. Susu yang dinyahbeku dan disimpan di dalam peti sejuk patut dibuang jika melebihi 72 jam.
  • Elak mengunakan ketuhar gelombang mikro (microwave) untuk mengelakkan bayi melecur atau ia boleh merosokkan kualiti susu tersebut.
  • Haba yang dikeluarkan oleh ketuhar gelombang mikro (microwave) juga boleh menyebabkan kehilangan nutrient, vitamin dan antibodi yang terdapat di dalam susu tersebut.
  • Cara yang lebih selamat dan lebih praktikal ialah dengan memanaskan susu di dalam air panas dengan meletakkan botol susu tersebut di dalam air panas atau menggunakan pemanas elektrik (warmer) yang boleh dibeli dikedai-kedai yang menjual alatan tersebut.
INGAT… Susu boleh disejuk dan dibekukan. Tetapi jika sudah sekali panaskan susu tersebut, jangan sesekali menyejukbekukan semula. Lebihan susu yang tidak diminum bayi hendaklah dibuang.

  • Apabila sudah panaskan susu dengan cara yang disebutkan, titikkan sedikit di pergelangan tangan sebelum menyuapnya pada bayi bagi memastikan ianya tidak terlalu panas untuk bayi.
  • Perlu diingatkan bahawa lebihan susu yang tinggal di dalam botol mesti dibuang selepas satu jam dan tidak menyimpannya semula di dalam peti sejuk untuk hidangan berikutnya. Sekali bayi sudah minum dari botol tersebut, susu tersebut mesti dihabiskan dalam masa sejam atau dibuang sahaja lebihannya.
Lain-lain info

  • Susu akan terbahagi kepada dua bahagian iaitu susu dan lemak. Lemak akan terapung dibahagian atas tetapi ia tidak bermakna susu tersebut rosak jika ia disimpan dengan betul. Goncang dengan lembut botol tersebut.
Pastikan gocangan yang dibuat boleh sebatikan susu tersebut dan ia menghasilkan sedikit buih tetapi ianya tidak bermaksud susu tersebut rosak.

No comments:

Amaran !!

As-Salam...ini adalah blog peribadi saya..segala yg terpampang adalah ceritera sehari-harian saya dan juga keluarga..setiap manusia tu punya ceritera2 yang ingin dikongsi bersama-sama..Anda punye hak yg same,tp tolong hormati setiap hak org lain juga ya!!!
Sebarang kecurian gambar2 dan video di dalam blog ini adalah dilarang tanpa kebenaran dari saya sendiri.
Blog ini dicipta adalah untuk tatapan anak2 sy kelak apabila mereka meningkat dewasa dimana sy nk mereka lihat perkembangan mereka sejak kecil sehingga menjadi org yg berguna kelak.Jika 1 hari kelak kami tiada,jd blog ini akan menjadi medan tatapan anak2.

copypaste

Protected by Copyscape Online Plagiarism Detector

my angle girl

my angle boy

AL-FATIHAH