Tapi i tetap menyokong penuh acara2 seperti ni...bg mane2 ibu2/mummy2/mama2/umi2 out there yg memakaikan anak2 kalian CD...chaiyok2...
http://greatclothdiaperchange.com.
http://www.hmetro.com.my/articles/Tukarlampin1dunia/Article
Tukar lampin 1 dunia
AMPIN kain moden kini bukan saja mendapat tempat di hati golongan ibu seluruh dunia, malah di Malaysia. Selepas hampir 10 tahun bertapak, sekumpulan kaum ibu yang giat berkempen mengenai kebaikan lampin kain moden sebagai pilihan alternatif akan menyertai acara terbesar bertaraf dunia Menukar Lampin Kain Moden yang berlangsung serentak di 400 lokasi seluruh dunia termasuk di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Sabah.Acara ini akan membabitkan 10,000 bayi di seluruh dunia dan 30 daripada bayi itu adalah dari Malaysia. Bayi ini akan ditukar lampin kain oleh ibu mereka pada waktu yang sama iaitu pada 23 April jam 12 tengah malam waktu Malaysia manakala 9 pagi waktu Amerika Syarikat.
Menurut Penyelaras Program Menukar Lampin Kain Moden, Hanizawati Jamaludin, acara yang diadakan buat julung kali ini mendapat kerjasama Komuniti Lampin Kain Antarabangsa serta mendapat pengiktirafan Guinness World of Records.
“Idea untuk menganjurkan program ini lahir selepas melihat kejayaan pemakaian lampin kain di Amerika Syarikat.
AMPIN kain moden kini bukan saja mendapat tempat di hati golongan ibu seluruh dunia, malah di Malaysia. Selepas hampir 10 tahun bertapak, sekumpulan kaum ibu yang giat berkempen mengenai kebaikan lampin kain moden sebagai pilihan alternatif akan menyertai acara terbesar bertaraf dunia Menukar Lampin Kain Moden yang berlangsung serentak di 400 lokasi seluruh dunia termasuk di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Sabah.
Acara ini akan membabitkan 10,000 bayi di seluruh dunia dan 30 daripada bayi itu adalah dari Malaysia. Bayi ini akan ditukar lampin kain oleh ibu mereka pada waktu yang sama iaitu pada 23 April jam 12 tengah malam waktu Malaysia manakala 9 pagi waktu Amerika Syarikat.
Menurut Penyelaras Program Menukar Lampin Kain Moden, Hanizawati Jamaludin, acara yang diadakan buat julung kali ini mendapat kerjasama Komuniti Lampin Kain Antarabangsa serta mendapat pengiktirafan Guinness World of Records.
“Idea untuk menganjurkan program ini lahir selepas melihat kejayaan pemakaian lampin kain di Amerika Syarikat.
“Memandangkan kesedaran golongan ibu di Malaysia semakin meningkat, kami ingin turut serta dalam program ini,” katanya.
Penganjuran program ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai kebaikan bertukar kepada sesuatu yang lebih semula jadi dan mesra alam.
Banyak kebaikan diperoleh dengan menukar kepada lampin kain terutama daripada segi kesihatan, kewangan dan memulihara alam sekitar.
“Ramai golongan ibu tidak tahu lampin pakai buang mengambil masa beribu tahun untuk reput dan ini menjadi masalah utama pelupusan sampah,” jelasnya.
Menurut Hanizawati, walaupun acara ini berlangsung pada 12 tengah malam, pada siangnya turut diadakan pelbagai aktiviti menarik.
Antaranya pembukaan tapak jualan barang-barang ibu dan anak, bazar jualan produk kesihatan dan mesra alam, seminar mini kebaikan susu ibu serta gendong bayi, penjualan kemeja-T serta cabutan bertuah yang akan berlangsung pada jam 10 pagi sehingga 5 petang.
Oleh kerana tempat terhad, orang ramai diminta datang awal ke Bling Luster Puchong untuk pendaftaran, sekali gus menerima beg cenderahati, minuman, cabutan bertuah dan permainan.
Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman sosial Facebook http://www.facebook.com/event.php?eid=140629236002099 dan http://greatclothdiaperchange.com.
No comments:
Post a Comment